Tuesday, April 3, 2018

Koleksi Tamiya mini

  Anda yang meminati koleksi kereta mainan siri dash yonkuro,pasti lengkap dengan kereta emperor,burning Sun,shooting star,cannonball dan dancing doll..ia kepunyaan watak watak dalam siri animasi Dash Yonkuro,yang mengisahkan semangat berlumba untuk memenangi acara perlumbaan kejohanan kebangsaan mini 4wd di jepun.
  Sebenarnya ia merupakan nostalgia buat yang lahir pada tahun 80'an dan 90'an apabila dapat memiliki kereta jenama Tamiya kerana waktu itu yang kita mampu beli hanya replika sahaja yang dikeluarkan oleh syarikat china seperti g.t model,auldey,gokey,dan Macam macam lagi yang harga sekitar rm8 keatas,tidak seperti tamiya yang waktu itu berharga sekitar rm30,budak kampung macam kita ni manalah mampu beli waktu tu,namun ia tetap menjadi hobi kanak kanak berlumba ditanah rata,dalam track,dan ada yang bermain didalam longkang..hehehe sungguh menggamit memori

No comments:

Post a Comment