Monday, April 16, 2018

Video unboxing super emperor (super II chassis)

   Super emperor merupakan kereta ketiga yang saya beli pada tahun 2018 ini,selepas emperor mengalami kerosakan,yonkuro telah diberikan encik sumeragi akan super emperor untuk meneruskan perlumbaan di ikejohanan kebangsaan mini 4wd,mari saksikan video saya unboxing dan pasang part part super emperor di link dibawah...

https://youtu.be/yELBzk65tt0

Monday, April 9, 2018

Video unboxing dan merakit proto emperor (super II Chassis)

Kereta kedua yang saya beli pada tahun 2018,iaitu proto emperor yang menjadi saingan emperor dalam siri animasi dash yonkuro,
Kereta ni warna dia menarik sebab warna ungu,jadi marilah saksikan video saya unboxing dan pasang kereta Tamiya proto emperor premium dengan casis super 2...

https://youtu.be/AkYBljtcza4

Video Unboxing & Merakit Tamiya Emperor ( Super II Chassis)

   Jom saksikan video saya unboxing dan pasang dash 1 emperor,emperor premium ni kereta pertama yang saya beli pada tahun 2018 ni,
   Nak kembalikan zaman nostalgia masa kecil,dulu nak beli takda duit,dapat beli yg jenama auldey,GT model je,sekarang dah kerja bolelah simpan duit beli kereta jenama Tamiya sebagai hobi...hihihi

https://youtu.be/Lj8WgJdRqDU

Tuesday, April 3, 2018

Kisah Dash 0 Horizon

Kisah Dash 0-Horizon

  Tak lengkap kan kisah Dash Yonkuro kalau tidak mengetahui tantang kereta ini iaitu kereta Horizon yang menjadi titik permulaan bagi kereta emperor,super emperor dan yang lain,kereta ini sebenarnya dicipta oleh ayah kandung yonkuro sendiri iaitu encik Genkuro yang telah meninggalkan nenek dan yonkuro untuk pergi belumba acara 4wd dunia,ada ketika itu ayahnya menggunakan horizon untuk berlumba dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dimiliki watak penjahat yang telah menahan encik genkuro dan sumeragi,dan akhirnya membawa kemenangan buat genkuro dengan keistimewaan yang dimiliki Horizon.
  Warna horizon seakan emperor dan ditambah kanopi hijau menutupi badan kereta horizon.
  Tidak seperti kereta yang lain,horizon mempunyai ciri istimewa seperti sebuah kereta RC kerana dikontrol oleh remote infrared didalam animasi Dash Yonkuro,namun apa yang berlaku selepas itu kepada kereta horizon kita tidak tahu kerana ia kekal misteri hingga kehari ini...

Sejarah awal Tamiya

Tamiya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1946,yang pada awalnya mereka memproduksikan model mainan berasaskan kayu dan menjadi terkenal diseluruh jepun ketika itu.
  Pada tahun 1977 barulah syarikat Tamiya memperkenalkan model mainan berasaskan dari plastik yang berkualiti.pada tahun 1989 Tamiya telah bekerjasama dengan syarikat Shogakukan untuk menerbitkan animasi Dash Yonkuro yang menjadi fenomena ketika itu dikalangan kanak kanak di jepun mahupun seluruh dunia,chassis type 0-3 diperkenalkan dan menjual sebanyak 10juta unit kereta mini 4wd diseluruh dunia.hebat kan,namun bukan senang nak berjaya,bermula dari perusahaan kayu ke model mainan kayu dan kemodel mainan plastik dan menjadi boom keseluruh dunia dengan kualiti yg tinggi lebih dari mana mana pengilang yang lain.

Koleksi Saya

Dalam tahun 2018 ni saya dapat mengumpul 11 biji kereta tamiya iaitu:

1.Emperor
2.Burning Sun
3.Shooting Star
4.Cannonball
5.Dancing Doll
6.Super Emperor
7.Great Emperor
8.Horizon
9.Proto Emperor
10.Kopen Xmz
11.Kopen Rmz

Nak simpan duit lagi untuk kumpul model kereta yang lain,sekarang harga kereta sekitar rm80 keatas ya...anda nak bole beli di layout sebelah kanan post ni

Dash 01 Super Emperor

  Setelah kereta emperor milik yonkuro terbakar dan rosak akibat api larva akibat berlumba dengan team proto emperor,yonkuro telah mendapat kereta baharu dari encik sumeragi iaitu super emperor yang mana body kereta ini lebih dinamik dari emperor asal.
  Untuk mendapatkan kereta ini yonkuro terpaksa berlumba dengan encik sumeragi untuk meyakinkannya yang yonkuro layak mendapat kereta ciptaannya yang baharu ini iaitu Super Emperor.
 Akhirnya dengan Super emperor inilah yonkuro dan dash warrior dapat memenangi acara kejohana kebangsaan mini 4wd.

Kisah Dash 5 Dancing Doll

Kisah Dash 5- Dancing Doll

  Tanpa wanita tidak lengkaplah hidup ini,hehe,sebenarnya pelengkap bagi team dash warior adalah seorang perempuan yang bernama Rinko Sumeragi yang memiliki kereta Dancing Doll,warna merah menawan dan memiliki kincir angin diatas body keretanya membuatkan dash 5 pelengkap bagi team dash warrior,dalam siri animasi dash yonkuro,rinko mendapat keretanya dari abangnya Kaidanji untuk kengkapkan pasukan dash warrior.
  Namun didalam manga hyper dash yonkuro,rinko telah mendapat kereta dengan modifikasi baharu yg diberi nama Dancing Divine Doll yang mana Tamiya tidak mengluarkan model tersebut hingga kehari ini,amat rugi buat sang kolektor kan.

Kisah Dash 4 Cannonball

Kisah Dash 4-Cannonball

  Sesiapa yang tak kenal dengan model dash 4 cannonball yang rekabentuk badan kereta yang unik,kereta ini dimiliki oleh watak bernama Pankuro Jimi,yang mana wajahnya dilukis tatu dan rambutnya seperti punk yang memberikan kegerunan pihak lawan apabila brouhaha.
  Namun disebalik wajah yang ganas rupanya pankuro memiliki sifat yang berlawan apabila berada diluar dunia perlumbaan mini 4wd,bersikap nerd dan pendiam,namun apabila dia marah dia akan berubah menjadi watak yang ganas seperti yang kita lihat dalam siri animals dash yonkuro.
  Namun dalam siri manga hyper dash yonkuro,pankuro telah memiliki kereta baharu bernama Cannon D Ball.

Koleksi Tamiya mini

  Anda yang meminati koleksi kereta mainan siri dash yonkuro,pasti lengkap dengan kereta emperor,burning Sun,shooting star,cannonball dan dancing doll..ia kepunyaan watak watak dalam siri animasi Dash Yonkuro,yang mengisahkan semangat berlumba untuk memenangi acara perlumbaan kejohanan kebangsaan mini 4wd di jepun.
  Sebenarnya ia merupakan nostalgia buat yang lahir pada tahun 80'an dan 90'an apabila dapat memiliki kereta jenama Tamiya kerana waktu itu yang kita mampu beli hanya replika sahaja yang dikeluarkan oleh syarikat china seperti g.t model,auldey,gokey,dan Macam macam lagi yang harga sekitar rm8 keatas,tidak seperti tamiya yang waktu itu berharga sekitar rm30,budak kampung macam kita ni manalah mampu beli waktu tu,namun ia tetap menjadi hobi kanak kanak berlumba ditanah rata,dalam track,dan ada yang bermain didalam longkang..hehehe sungguh menggamit memori

Kisah Dash 3 Shooting Star

Kisah Dash 3- Shooting Star

  Kereta yang juga popular dalam siri animasi Dash Yonkuro iaitu dash 3 milik watak bernama Shinkuro Minami,kereta ini sangat cepat dilaluan on road track,dalam episod ke 25 kereta dash 3 mendapat sentuhan cvt gearbox sama seperti super emperor,namun selepas out shinkuro telah mendapat kereta baharu bernama shouting proud star didalam manga hyper dash yonkuro.
  Shooting star antara kereta terpantas selain cannonball didalam siri kereta yang dimiliki dash warrior.dalam dash mesin shooting star memiliki instalisasi guide rollers berbanding kereta yang lain,anda pernah kan miliki dash 3 yang tayar tajam,seronok bila main dipermukaan tanah yg rata mahupun berlekok,inilah kelebihan dash 3,kini shooting star telah diberi chasis baharu iaitu MS chassis oleh Tamiya.

Monday, April 2, 2018

Kisah Dash 2 Burning Sun

Kisah Dash 2 - Burning Sun

  Ingat tak watak budak gempal dalam siri animasi Dash Yonkuro,yang mempunyai semangat yang tinggi ketika berlumba,siapa tak kenal namanya Dankuro Toda yang memiliki kereta dash 2 berwarna hijau dengan tayar tajam menusuki ruang tanah perlumbaan.
  Memiliki dash 2 apabila Encik Sumeragi membentuk kumpulan Dash Warrior,dengan badan kereta yang kuat dan teguh diantara kereta dash warrior yang lain diwaktu itu.
  Seperti kereta yang lain,dash 2 memiliki chasis yang unik yang dibuat dari carbon poly yang membuatkan struktur kereta lebih teguh,dan membolehkan Tankuro menukar gear set tanpa membuka body kereta dan mempercepatkan proses penukaran gear sewaktu berlumba.
  Namun sewaktu berlumba dengan kereta Crimson glory,Tankuro telah memodifikasi keretanya ke motor bahagian depan iaitu FM machine dan telah diberi nama baharu Neo Burning Sun,dan selepas itu Tankuro memiliki sebuah lagi kereta baharu yang bernama God Burning Sun yang muncul didalam manga Hyper Dash Yonkuro,bagaimanakah nasib kereta asalnya dash 2 burning sun,kita tidak tahu sebab ia masih kekal misteri hingga kehari ini.

Sunday, April 1, 2018

Kisah Dash 1 Emperor

Kisah Dash 1 - Emperor

   Dash 1 emperor sangat terkenal didalam anime Dash Yonkuro dan manga Hyper Dash Yonkuro,dimana kereta mini ini dimiliki oleh watak Utama Yonkuro Hinomaru.sebelum Yonkuro memiliki kereta Emperor dia menggunakan kereta bernama The Boomerang yang rosak akibat dari perlumbaan,dan dia diberikan kotak misteri oleh Encik Sumeragi,dan Yonkuro telah kacukkan keretanya dengan komponen yang berada dalam kotak tersebut,dan akhirnya dengan Dash 1 dia dan rakannya telah berjaya memenangi siri perlumbaan di kejohanan kebangsaan mini 4wd,namun dalam perlumbaan dengan kumpulan proto emperor,

  Kereta Dash 1 telah terbakar dan rosak,akhirnya Yonkuro memiliki kereta baharu bernama Super Emperor yang dicipta oleh Encik Sumeragi dan kereta tersebut memasuki pertandingan akhir kejohanan kebangsaan yang membawa kemenangan buat team Dash...wahh menggamit memori kan

Selamat Datang ke blog saya

Selamat datang ke blog Tamiya4wdMalaysia...mungkin anda yang lahir tahun 80'an hingga 90'an mengingati anime kartun Dash Yonkuro dan Let's & Go dari syarikat Tamiya pembuat model dari plastik yang memaparkan kereta mini 4wd yang menjadi kegilaan kanak kanak dimasa itu,ia mengamitkan memori sewaktu kita kecil,dengan adanya nostalgia itu dapat memberikan keceriaan diraut wajah kita semua...tahun 2018 ini saya mengambil kesempatan dengan menjual kits Tamiya original di page face book saya yang berada link disebelah layout...anda bole dapatkan kereta yang anda minati dilaman tersebut.selamat mengamit memori waktu Kanak- kanak...