Monday, April 16, 2018

Video unboxing super emperor (super II chassis)

   Super emperor merupakan kereta ketiga yang saya beli pada tahun 2018 ini,selepas emperor mengalami kerosakan,yonkuro telah diberikan encik sumeragi akan super emperor untuk meneruskan perlumbaan di ikejohanan kebangsaan mini 4wd,mari saksikan video saya unboxing dan pasang part part super emperor di link dibawah...

https://youtu.be/yELBzk65tt0

Monday, April 9, 2018

Video unboxing dan merakit proto emperor (super II Chassis)

Kereta kedua yang saya beli pada tahun 2018,iaitu proto emperor yang menjadi saingan emperor dalam siri animasi dash yonkuro,
Kereta ni warna dia menarik sebab warna ungu,jadi marilah saksikan video saya unboxing dan pasang kereta Tamiya proto emperor premium dengan casis super 2...

https://youtu.be/AkYBljtcza4

Video Unboxing & Merakit Tamiya Emperor ( Super II Chassis)

   Jom saksikan video saya unboxing dan pasang dash 1 emperor,emperor premium ni kereta pertama yang saya beli pada tahun 2018 ni,
   Nak kembalikan zaman nostalgia masa kecil,dulu nak beli takda duit,dapat beli yg jenama auldey,GT model je,sekarang dah kerja bolelah simpan duit beli kereta jenama Tamiya sebagai hobi...hihihi

https://youtu.be/Lj8WgJdRqDU

Tuesday, April 3, 2018

Kisah Dash 0 Horizon

Kisah Dash 0-Horizon

  Tak lengkap kan kisah Dash Yonkuro kalau tidak mengetahui tantang kereta ini iaitu kereta Horizon yang menjadi titik permulaan bagi kereta emperor,super emperor dan yang lain,kereta ini sebenarnya dicipta oleh ayah kandung yonkuro sendiri iaitu encik Genkuro yang telah meninggalkan nenek dan yonkuro untuk pergi belumba acara 4wd dunia,ada ketika itu ayahnya menggunakan horizon untuk berlumba dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dimiliki watak penjahat yang telah menahan encik genkuro dan sumeragi,dan akhirnya membawa kemenangan buat genkuro dengan keistimewaan yang dimiliki Horizon.
  Warna horizon seakan emperor dan ditambah kanopi hijau menutupi badan kereta horizon.
  Tidak seperti kereta yang lain,horizon mempunyai ciri istimewa seperti sebuah kereta RC kerana dikontrol oleh remote infrared didalam animasi Dash Yonkuro,namun apa yang berlaku selepas itu kepada kereta horizon kita tidak tahu kerana ia kekal misteri hingga kehari ini...

Sejarah awal Tamiya

Tamiya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1946,yang pada awalnya mereka memproduksikan model mainan berasaskan kayu dan menjadi terkenal diseluruh jepun ketika itu.
  Pada tahun 1977 barulah syarikat Tamiya memperkenalkan model mainan berasaskan dari plastik yang berkualiti.pada tahun 1989 Tamiya telah bekerjasama dengan syarikat Shogakukan untuk menerbitkan animasi Dash Yonkuro yang menjadi fenomena ketika itu dikalangan kanak kanak di jepun mahupun seluruh dunia,chassis type 0-3 diperkenalkan dan menjual sebanyak 10juta unit kereta mini 4wd diseluruh dunia.hebat kan,namun bukan senang nak berjaya,bermula dari perusahaan kayu ke model mainan kayu dan kemodel mainan plastik dan menjadi boom keseluruh dunia dengan kualiti yg tinggi lebih dari mana mana pengilang yang lain.